Khamis, 7 April 2011

Saat kucingku melahirkan anaknya...


Inilah rakaman video yang sempat aku rakamkan sewaktu kucing peliharaanku yang aku beri nama Kiki, ingin melahirkan anaknya yang pertama.. Masa tu aku x expect la yang si Kiki ni dah sampai masa nak bersalin sbb sebelum ni pun aku x pernah ada pengalaman pun tengok kucing nak melahirkan anak.  Nak dijadikan cerita, masa tu aku tengah makan sambil tengok tv.. Tengah leka menonton tv tu, tiba2 tumpuan aku terganggu bila aku terpandangkan si Kiki ni x tentu arah kat dlm kandang dia..dan tak lama lps tu aku ternampak ada juraian lendir keluar daripada kemaluannya.. "Alamakkk...sah la si Kiki ni dah nak beranak dah ni.." Haaa...camtu la dialog yang terpacul keluar daripada mulut aku masa tu..

Yg kelakarnya, masa tu bukan si Kiki tu je yang dok menggelabah, tapi..dengan aku-aku skali dok menggelabah gak sbb sibuk mencari kotak dan surat khabar untuk menyediakan tempat Kiki nak bersalin.. Pada masa yang sama, aku dok sibuk jugak mencari kamera digital aku sbb aku nak merakam saat2 istimewa  dan keajaiban ciptaan tuhan yang akan aku saksikan masa tu..

Bila kotak aku dah sediakan siap dengan surat khabarnya, aku pun masukkan la Kiki ke dalam kotak tu.. Dan dengan sabarnya aku menghadap Kiki yang kat dalam kotak tu sbb aku x nak ter"miss" untuk merakamkan saat2 Kiki melahirkan anaknya.

Dalam kepayahan, akhirnya Kiki selamat melahirkan anaknya yg pertama tepat jam 11 malam pada 11hb Mac 2011.. Cantik tarikh dan masa ketika Kiki selamat melahirkan anak pertamanya tu.. Akhirnya, pada malam itu, Kiki selamat melahirkan 5 ekor anak kucing yang sangat comel.. Cuma yg x bestnya, 4 ekor daripada anak-anak kucing tu, bulu mereka semuanya mengikut warna bulu Kiki jugak. So, sama jer warna mereka mcm Kiki. Cuma seekor jer yang bulunya berbeza warna daripada warna bulu Kiki dan anak kucing yang bulunya berbeza warna tu la juga yg merupakan satu-satunya anak kucing betina sbb yang lagi 4 ekor tu adalah anak kucing jantan.



Seronok jer bila tengok perkembangan pembesaran anak-anak Kiki tu.. Mereka mengambil masa lebih kurang 7 hari untuk membuka mata mereka.. Itupun, masa hari ketujuh tu, cuma mata sebelah jer yg dapat dibuka.. mata yg lagi sebelah masih tertutup.. Kelakar jer masa tu bila tengok muka mereka.. Selepas 20 hari plak, anak2 Kiki dah mula berjalan agak laju tapi masih tergoyang2 kaki mereka ketika melangkah... Hari ini, selepas 27 hari lahir ke dunia, anak2 Kiki dah pandai bermain2 sesama mereka dan dah pandai menggaru2 serta menjilat2 bulu mereka sendiri.. Comel sangat..

Oh ye.. Kalau korang semua nak tau.. Lepas Kiki dah selamat melahirkan kelima-lima anaknya tu, aku ni punye lah pening kepala dok memikirkan apalah nama yg aku nak bagi pada kelima-lima anak Kiki tu.. Yelah, mana x peningnya.. Sampai 5 nama yg aku nak kena fikirkan untuk bagi kat anak-anak Kiki tu kan.. So, last2..selepas 2 minggu anak-anak Kiki dilahirkan tu, barulah aku dapat mencari nama yg sesuai untuk diberikan kepada mereka.. 

Haaa...korang nak tau x apa nama2 yg aku dah bagi kat anak2 Kiki tu..? Betul ke korang nak tau ni..? Ok..ok... aku bagi tau la kat korang.. Yang betina seekor tu, aku bagi nama Narnia.. Sbb aku rasa nama tu unik, kiut dan mcm sesuai untuk nama kucing betina. Then, anak2 kucing jantan yang lain-lain tu plak, aku bagi nama Simba, Sinbad, SinChan dan Digi.

Haaa... mesti korang pelik, kenapa yang 3 ekor anak kucing jantan tu aku bagi nama semuanya bermula dgn huruf 'S', tiba2 yang seekor tu plak nama yg aku bg x bermula dengan huruf 'S'.  Aku bagi nama yg seekor tu dengan nama Digi sbb warna bulunya yg plain (semuanya kuning) sedangkan anak2 kucing jantan yg lagi 3 ekor tu warna bulu mereka semuanya ada campur dengan warna putih sket.. Sbb tu la ketiga-tiga ekor anak kucing jantan yg warna bulu mereka ada campur dgn warna putih tu aku bagi nama Simba, Sinbad dan SinChan (semua bermula dgn huruf 'S') dan yang seekor lagi anak kucing jantan yg warna bulunya plain jer, langsung xde campur dgn warna putih tu aku bg nama Digi (nama tu pun aku dpt sbb teringat kat maskot DIGI yang warnanya pun plain, kuning jer tu..) Hehehe.. Jangan marah haaaaaa...... :P



1 ulasan:

  1. Nanti lain kali aku citer plak mcm mana aku mula2 jumpa dgn si Kiki (ibu kepada 5 ekor anak kucing yang baru dilahirkan tu..) So, korang semua kena tunggu pada episod yg akan dtg la ekk.. Hehehe... :)

    BalasPadam