Selasa, 5 April 2011

Ini kucing yang mula-mula sekali aku pelihara.. Namanya Boboy. Aku memperolehi Boboy ni pada malam Krismas tahun 2009 daripada Pak Su aku yang menetap di Cheras. Aku dimaklumkan bahawa Boboy ni Pak Su aku ambil daripada kedai makan anaknya.

Hari pertama Boboy dibawa ke rumah aku, dia sudah mula menunjukkan kemesraannya padaku. Aku cepat-cepat memandikan Boboy kerana badannya yang agak kotor disebabkan Boboy merupakan kucing liar yang datang-datang untuk mencari makan di kedai anak Pak Su aku itu. Jadi, sudah tentulah badan Boboy agak kotor dan wajahnya juga agak comot.

Setelah dimandikan, Boboy kelihatan bersih dan segar. Apa yang menariknya tentang Boboy ini, suaranya yang serak dah ala-ala macam suara penyanyi Ramli Sarip tu jer lagaknya.. Hehehe.. Dan lagi satu, ekor si Boboy agak panjang hinggakan apabila dibengkokkan ke belakang badannya, ekor dia tu hampir mencecah ke kepalanya sendiri. Si Boboy ni pun boleh tahan manjanya dan garangnya pun boleh tahan jugak pada kucing jantan lain yang tidak disukainya, memang la si Boboy ni akan cuba membelasah kucing tersebut.. Grrrrr..... Meow..!!!


Yang ini pula encik otot... Hahaha... Xde arr.. Aku suka panggil dia ni encik otot sebab badan dia ni yang tegap dan berotot2 mcm kucing yang angkat berat. Dia ni aku bagi nama Jojo. Berat dia lebih kurang 4.5kg semasa aku mula memeliharanya.. Sekarang ni berat si Jojo ni dah pun mencecah 6.8kg, itupun berat dia ni meningkat setelah dia melalui rawatan  pemandulan di salah sebuah klinik swasta..

Dia ni kucing jantan.. Selain wajahnya yang comel dan kiut miut tu, si Jojo ni jugak merupakan seekor kucing yang teramat-amat lah manjanya.. Paling suka bila kalau aku belai-belai wajahnya.. Dia ni punya lah manja, hinggakan kalau aku tak melayannya, dia akan panjat dengan cara berdiri tegak dan kaki depannya berpaut di dada aku untuk minta dibelai. Kalau aku sedang baring pulak, pasti dia akan naik di atas dada aku dan duduk di atas dada aku ni macam lah badan dia tu ringan sangat.. Hehehe.. Sabar jelah..


Tapi dia ni agak penakut dengan orang2 yang baru dikenalinya.. Yang tak boleh tahannya tentang si Jojo ni ialah, suara dia yang sangat nyaring dan kuat.. Kalau salah dengar, bila si Jojo ni mengiau, dah ada macam bunyi budak kecik menangis kerana kena dera jer bunyinya.. Hehehe..


Kalau melalui telefon, memang dengar macam bunyi bayi menangis jer suara si Jojo ni bila mengiau.. Meow.. Meow.. !! Dia punya jeritan, boleh buat sesiapa pun terjaga walaupun sedang tidur lena. Aku yang tengah tidur pun boleh terjaga pukul 3, 4 pagi kalau si Jojo di dah mula mengiau.. Aduhhh... Pecah kepala dibuatnya.. Si Jojo ni ada anak.. Haa... yang anak dia ni kejap lagi pulak kiter citer.. Wokeh?? Tungguuuuu... Hehehe... :)


Satu lagi yang istimewanya tentang si Jojo ni ialah, dia suka bila setiap rawatan "facial" dibuat pada mukanya.. Ketika rawatan "facial" tersebut dilakukan, si Jojo ni memang akan memberikan kerjasama yang sangat baik tanpa bergerak2 ataupun menggelupur.. Ia memudahkan rawatan "facial" yang sedang dilakukan terhadapnya.. Clever boy... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan