Sabtu, 2 April 2011

Bila Tiba Masa...

Aku nak kongsi kesedihan aku dengan korang semua.. Baru2 ni, aku telah di khabarkan oleh mama aku yang atok aku tengah tenat kat kampung... Aku akui, bila tiba masanya..semua orang kena terima hakikat yang hidup pasti akan pergii menemui penciptanya kembali suatu hari nanti.. 


Aku masih teringat saat2 ketika atok aku masih sihat dulu.. Atok aku ni seorang yang suka buat lawak, suka mencuba pelbagai jenis makanan, pandai masak dan suka bercerita itu dan ini.. Boleh dikatakan, semua cucu pasti gembira bila di ajak balik ke kampung sebab x sabar nak jumpa dgn atok dan mendengar celoteh dan lawak jenakanya tu.. Ada jer benda yang nak dijadikan bahan lawaknya tu.. Kami, cucu2 nya la yang paling suka melayan kerenah lawak yang atok aku dah mulakan.. Dan pada ketika itu, hanya gelak ketawa yang tak henti2 kedengaran dari kami semua..


Aku juga masih teringat, ketika berpuasa di kampung beramai2.. Dah menjadi kelazimannya, atok aku la yang akan bangun dulu dan mengejutkan semua org kat dlm rumah tu yg berlingkar dengan bantal masing dek kerana enak dibuai mimpi untuk bangun sahur.. Apa yang bestnya, atok aku ni kalau dia nak kejutkan kami semua bangun untuk bersahur tu, dia ada satu slogan "trade mark" nya yg yg tersendiri dan unik..  Kalau korang semua tahu dan pernah dengar mcm mana loghat orag jawa ketika bercakap, korang cuba baca dialog ni dengan loghat Jawa yg korang tahu tu.. Dialog yang atok aku guna untuk kejut kami bangun sahur tu camni bunyi nye.. "Sahurrrr... Sahurrrrrr.... Dah siang..." Haaaaa... camtu la dialog yang akan terpacul keluar daripada mulut atok aku dengan loghat Jawa nye yg pekat dan suara nye yg garau macam Ramli Sarip tu, bila setiap kali dia nak kejut kami bangun untuk bersahur.. Hahaha.. Kelakar dan indah jer bila aku kenangkan balik saat2 itu..





"Atok... saya rindukan saat itu..."   Air mata aku mengalir tanpa dapat ku tahan2 di saat ini.. Ternyata masa yang berlalu begitu pantas.. Usia yang mengejar tak dapat dihalang dan mengikis sekali sedikit demi sedikit kudrat dan kesihatan atok aku.. Kini, aku sekeluarga dan seluruh anak pinak dan cucu cicit atok aku yg lainnya diselubungi kesedihan bila atok yang sangat aku kasihi itu telah mula dihambat keuzurannya.. 


Perkembangan kesihatannya yg terbaru yg diberitahu padaku, bahawa atok kini tidak mahu lagi menjamah makanan dan hanya meminum air yang itupun dalam kuantiti yang sangat sedikit.. Aku juga dikhabarkan bahawa atok lebih banyak memejamkan matanya dan hidung serta telinganya dilihat telah mula turun daripada kedudukan asalnya, kelihatan jatuh tidak seperti biasa.  Bacaan tahlil juga telah mula dibacakan untuknya.. Betapa sedihnya aku rasa saat perkhabaran itu dimaklumkan kepadaku..  


"
Ya Allah, esok aku bercadang untuk pulang ke kampung, menziarahi atok ku yang tersayang itu.. Kau permudahkanlah urusan ku untuk pulang ke kampung itu esok, Ya Allah.. Kau berikanlah aku kesempatan untuk bertemu dengan atok ku sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, Ya Allah.. Kau kasihanilah aku, Ya Allah... Amin Ya Robbal A'lamin. "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan