Selasa, 12 April 2011

60 filem yang korang x rugi tonton..

1)   Jumanji
2)   Beddazled
3)   Titanic
4)   Dante's Peak
5)   Die Hard 1, 2, 3, & 4
6)   White Chick
7)   Rambo 1, 2, 3 & 4
8)   Remember The Titans
9)   Baby's Day Out
10) Night At The Museum 1 & 2
11) Click
12) Big Mamma
13) Big Momma's House 2
14) The Descent 1 & 2
15) Final Destination 1, 2, 3 & 4
16) Dead Alive
17) House Of Wax
18) 30 Day's Night
19) Sorority Row
20) Saving Private Ryan
21) Mr & Mrs Smith
22) The Strangers
23) Child's Play 1 & 2
24) The Texas Chain Saw Massacre
25) I Am Legend
26) Friday The 13th
27) The Hills Have Eyes
28) Scream
29) Urban Legend
30) Taken
31) Vantage Point
32) The Bourne Ultimatum
33) Spiderman 1, 2 & 3
34) Iron Man
35) You Got Serve
36) Honey
37) Drum Line
38) Bring It On
39) Hot Chick
40) The Mechanic
41) The Transporter
42) The God Must Be Crazy 2
43) Blue Streak
44) Hachiko - A Dogs Story
45) Accepted
46) Just Married
47) Meet Joe Black
48) Step Up
49) Maid In Manhattan
50) Just Like Heaven
51) Law Abiding Citizen
52) Knowing
53) The Unstoppable
54) Ninja Assassin
55) Salt
56) Wrong Turn
57) 13 Going 30
58) 17 Again
59) Transformer
60) Small Soldier

Isnin, 11 April 2011

Lirik Lagu Pilihan Hari Ini.. Jom Layannn... :)

Pelengkap Hidupku - Eren feat Romi


Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum, canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu



* Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temani ku sepanjang hari



reff:
Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu



Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Kerna hanya dirimu.. belahan jiwa
Pelengkap ku di dunia


Ahad, 10 April 2011

Pusat Koservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang

Ok.. Ini kali pertama aku sampai kat sini dan di sini aku letakkan beberapa gambar yang sempat aku rakam ketika melawat kat tempat ni sebagai tatapan korang semua.. Kepada korang yg meminati alam semulajadi, sukakan adventure dan binatang liar, jom la dtg ke sini..

Di pintu masuk..

Juga bagi mereka2 yg meminati gajah, so.. kalau dtg kat sini, boleh la ambik kesempatan untuk melihat haiwan ini secara lebih dekat lagi..

Kat sini, waktu untuk menyaksikan persembahan daripada gajah2 di sini ialah pada pukul 2 petang..

Selain menyaksikan persembahan oleh gajah2 ini, para pengunjung juga boleh mengikuti aktiviti mandi bersama gajah.. Wow...interesting right..?

Sempat lagi bertelefon.. Hehehe..

Tempat ni akan di tutup kepada semua pengunjung pada pukul 4.45 petang dah tiada sebarang bayaran yg dikenakan bagi memasuki tempat ini... Masuk adalah PERCUMA.




Sabtu, 9 April 2011

Air Terjun Chamang.. Sekali pergi, pasti nak datang lagi..dan lagi..dan lagi.. :)



Haaa.. Kali ni aku nak bercerita pasal salah satu tempat riadah yang pasti korang semua x rugi kalau bawak family korang gi berkhelah, bermandi-manda dan kalau nak buat barbeque pun best.. apa lagi kalau bukan kat Air Terjun Chamang di Bentong, Pahang..


Untuk pengetahuan korang semua, sebenarnya aku pun baru kali pertama sampai kat kat Air Terjun Chamang ni.. So, aku xde la prepare apa2 baju salin pun untuk nak bermandi-manda kat situ dan aku x expect pun yg Air Terjun Chamang ni tempatnya punyalah cantik dan mempersonakan..


Pertama kali aku menjejakkan kaki kat air terjun ni, mata aku terus terpukau dan aku begitu kagum dengan keindahan ciptaan tuhan yg sungguh cantik, indah, tenang dan mempersonakan seperti itu..  Melihat keindahan alam di sekitar air terjun Chamang ini diiringi deruan air yang mengalir dan terjun deras telah membuatkan aku lupa seketika pada kesibukan kota dan bebanan kerjaku di KL...


Kalau korang x caya, korang boleh tengok sendiri pada rakaman video yang aku rakam menggunakan kamera digital aku sewaktu aku berada di sana...  Di sini jugak aku selitkan sekali beberapa keping gambar untuk korang tengok dan nilai sendiri betul atau x apa yg aku ceritakan kat korang ni..

Haa.. Kat belakang aku ni la kemuncak air terjun Chamang ni.. Cantik kan..?


Terbaikkk.... Thumb's up... Jom la datang kat sini.. Sekali datang, pasti nak datang lagi..dan lagi.. Percaya la..


Kalau x caya, gi kat sini dan tengok arr sendiri.. Sure korang pun akan kagum mcm aku gak nanti.. Yang x dpt nak gi kat air terjun ni plak. aku pasti sure korang jeles ngan aku sbb aku dpt gi kat sini sedangkan korang x dapat nak gi kat sini.. Hehehe.. :P


Huhhhh... Nasib baik la aku x bawak baju salin masa ni.. Kalau x, dah lama dah aku buat terjun tiruk dan buat kuak lentang dah kat air terjun yg terbentang indah kat belakang aku tu.. Huhuhu... :)

X dpt nak mandi, dpt posing pun jadik laaa.. Lepas gian..

 Tapi, mmg nak kena dtg lagi kat sini lepas ni.. Yg pastinya, kalau dtg lagi kat sini nanti, confirm aku nak mandi sampai kecut baru aku nak naik ke darat.. Hahaha.. :D

Budak-budak pun boleh mandi kat sini sbb yg kat bahagian tepi air terjun ni, kawasannya agak cetek gak dan sesuai untuk budak kecik nak bermandi-manda.. So, kalau korang ada anak kecik tu, korang jgn arr risau sbb anak korang pun blh join mandi sama gak..

Nampak x tu.. best kan..?

Lagipun, untuk datang ke sini kalau daripada KL, cuma mengambil masa dalam 1 jam 30 minit jer camtu.. So, xde la jauh mana pun kan..?

Kalau korang dah penat bermandi-manda, sure korang lapar kan..?? Haaa... kat sebelah tempat korang mandi-manda tu jer dah ada orang jual2 makanan mcm burger, mi goreng, nasi goreng, nugget, pisang goreng, minuman panas, minuman dlm tin dan air kotak juga ada di jual di sini..

Daripada tempat parking kereta lagi korang dah boleh nampak air terjun Chamang ni.. Jalan daripada parking kereta ke tempat mandi tu pun, tersangat la dekatnya.. Mmg korang akan suka la kat tempat ni.. Percaya la cakap aku ni..

Kat Air Terjun Chamang ni juga ada jambatan gantung.. Kepada korang2 yang berani tu, boleh arr cuba seberang kat jambatan gantung ni.. Masa dah sampai kat tengah2 jambatan gantung tu, nanti korang boleh rasa yang jambatan gantung tu terbuai ke kiri dan ke kanan.. 

Ngeri dan gayat gak aku rasa masa dok berdiri kat tengah2 jambatan gantung ni sbb selain daripada rasa terbuai ke kiri dan ke kanan, kat bawah jambatan gantung tu jugak, mengalirnya air yang sangat laju dan deras daripada air terjun Chamang tu.. 

Kiranya kalau la terjatuh ke bawah tu, hmmmm... ada harapan la nak jadik arwah... Huhuhu... Ishhhh... Selisih malaikat 44... 

Dalam ngeri2 dan rasa gayat tu.. Aku tetap x lepaskan peluang untuk berposing kat atas jambatan gantung tu.. Hehehe.. Aku kan mmg hantu bergambar kannn... So, mana bleh kalau aku x ambik kesempatan untuk bergambar kat jambatan gantung ni... :)

So.. Apa komen korang lepas dah tengok gambar2 yg aku dah upload kat dlm blogs aku ni..? Haaa... Betul x cakap aku..? Mmg menarik kan tempat ni..? So, apa lagi..? Jom arr ramai2 pakat mai sini.. Mcm yg aku cakap awal2 tadi la... Lepas dah dtg sekali kat sini, sure korang nak datang lagi... dan lagi... dan lagi... :)


Jumaat, 8 April 2011

Lirik Lagu Pilihan Hari Ini.. Jom layannn... :)



Di Mana Di Mana ( Ning, Jaclyn & Shila )
Di mana di mana, di mana ku harus mencari
Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami
Hati ini, hingga sejuk terasa
Batin ini, ho ooo
Jangan jangan, jangan kau pergi
jangan jangan, tinggalkan aku
Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu
A a a ah
Ho o ooo, Kaulah penebus cintaku
Ho o ooo Suria atas duniaku
Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku
Kini ku temukan, tak perlu lagi ku mencari
Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami
Gejolak di dalam hati ini
Hingga sejuk terasa
Batin ini…ho wo wooo
Ho o ho o o oooo Oh
Hanyalah kamu di hatiku

Khamis, 7 April 2011

Saat kucingku melahirkan anaknya...


Inilah rakaman video yang sempat aku rakamkan sewaktu kucing peliharaanku yang aku beri nama Kiki, ingin melahirkan anaknya yang pertama.. Masa tu aku x expect la yang si Kiki ni dah sampai masa nak bersalin sbb sebelum ni pun aku x pernah ada pengalaman pun tengok kucing nak melahirkan anak.  Nak dijadikan cerita, masa tu aku tengah makan sambil tengok tv.. Tengah leka menonton tv tu, tiba2 tumpuan aku terganggu bila aku terpandangkan si Kiki ni x tentu arah kat dlm kandang dia..dan tak lama lps tu aku ternampak ada juraian lendir keluar daripada kemaluannya.. "Alamakkk...sah la si Kiki ni dah nak beranak dah ni.." Haaa...camtu la dialog yang terpacul keluar daripada mulut aku masa tu..

Yg kelakarnya, masa tu bukan si Kiki tu je yang dok menggelabah, tapi..dengan aku-aku skali dok menggelabah gak sbb sibuk mencari kotak dan surat khabar untuk menyediakan tempat Kiki nak bersalin.. Pada masa yang sama, aku dok sibuk jugak mencari kamera digital aku sbb aku nak merakam saat2 istimewa  dan keajaiban ciptaan tuhan yang akan aku saksikan masa tu..

Bila kotak aku dah sediakan siap dengan surat khabarnya, aku pun masukkan la Kiki ke dalam kotak tu.. Dan dengan sabarnya aku menghadap Kiki yang kat dalam kotak tu sbb aku x nak ter"miss" untuk merakamkan saat2 Kiki melahirkan anaknya.

Dalam kepayahan, akhirnya Kiki selamat melahirkan anaknya yg pertama tepat jam 11 malam pada 11hb Mac 2011.. Cantik tarikh dan masa ketika Kiki selamat melahirkan anak pertamanya tu.. Akhirnya, pada malam itu, Kiki selamat melahirkan 5 ekor anak kucing yang sangat comel.. Cuma yg x bestnya, 4 ekor daripada anak-anak kucing tu, bulu mereka semuanya mengikut warna bulu Kiki jugak. So, sama jer warna mereka mcm Kiki. Cuma seekor jer yang bulunya berbeza warna daripada warna bulu Kiki dan anak kucing yang bulunya berbeza warna tu la juga yg merupakan satu-satunya anak kucing betina sbb yang lagi 4 ekor tu adalah anak kucing jantan.



Seronok jer bila tengok perkembangan pembesaran anak-anak Kiki tu.. Mereka mengambil masa lebih kurang 7 hari untuk membuka mata mereka.. Itupun, masa hari ketujuh tu, cuma mata sebelah jer yg dapat dibuka.. mata yg lagi sebelah masih tertutup.. Kelakar jer masa tu bila tengok muka mereka.. Selepas 20 hari plak, anak2 Kiki dah mula berjalan agak laju tapi masih tergoyang2 kaki mereka ketika melangkah... Hari ini, selepas 27 hari lahir ke dunia, anak2 Kiki dah pandai bermain2 sesama mereka dan dah pandai menggaru2 serta menjilat2 bulu mereka sendiri.. Comel sangat..

Oh ye.. Kalau korang semua nak tau.. Lepas Kiki dah selamat melahirkan kelima-lima anaknya tu, aku ni punye lah pening kepala dok memikirkan apalah nama yg aku nak bagi pada kelima-lima anak Kiki tu.. Yelah, mana x peningnya.. Sampai 5 nama yg aku nak kena fikirkan untuk bagi kat anak-anak Kiki tu kan.. So, last2..selepas 2 minggu anak-anak Kiki dilahirkan tu, barulah aku dapat mencari nama yg sesuai untuk diberikan kepada mereka.. 

Haaa...korang nak tau x apa nama2 yg aku dah bagi kat anak2 Kiki tu..? Betul ke korang nak tau ni..? Ok..ok... aku bagi tau la kat korang.. Yang betina seekor tu, aku bagi nama Narnia.. Sbb aku rasa nama tu unik, kiut dan mcm sesuai untuk nama kucing betina. Then, anak2 kucing jantan yang lain-lain tu plak, aku bagi nama Simba, Sinbad, SinChan dan Digi.

Haaa... mesti korang pelik, kenapa yang 3 ekor anak kucing jantan tu aku bagi nama semuanya bermula dgn huruf 'S', tiba2 yang seekor tu plak nama yg aku bg x bermula dengan huruf 'S'.  Aku bagi nama yg seekor tu dengan nama Digi sbb warna bulunya yg plain (semuanya kuning) sedangkan anak2 kucing jantan yg lagi 3 ekor tu warna bulu mereka semuanya ada campur dengan warna putih sket.. Sbb tu la ketiga-tiga ekor anak kucing jantan yg warna bulu mereka ada campur dgn warna putih tu aku bagi nama Simba, Sinbad dan SinChan (semua bermula dgn huruf 'S') dan yang seekor lagi anak kucing jantan yg warna bulunya plain jer, langsung xde campur dgn warna putih tu aku bg nama Digi (nama tu pun aku dpt sbb teringat kat maskot DIGI yang warnanya pun plain, kuning jer tu..) Hehehe.. Jangan marah haaaaaa...... :P



Selasa, 5 April 2011

Ini kucing yang mula-mula sekali aku pelihara.. Namanya Boboy. Aku memperolehi Boboy ni pada malam Krismas tahun 2009 daripada Pak Su aku yang menetap di Cheras. Aku dimaklumkan bahawa Boboy ni Pak Su aku ambil daripada kedai makan anaknya.

Hari pertama Boboy dibawa ke rumah aku, dia sudah mula menunjukkan kemesraannya padaku. Aku cepat-cepat memandikan Boboy kerana badannya yang agak kotor disebabkan Boboy merupakan kucing liar yang datang-datang untuk mencari makan di kedai anak Pak Su aku itu. Jadi, sudah tentulah badan Boboy agak kotor dan wajahnya juga agak comot.

Setelah dimandikan, Boboy kelihatan bersih dan segar. Apa yang menariknya tentang Boboy ini, suaranya yang serak dah ala-ala macam suara penyanyi Ramli Sarip tu jer lagaknya.. Hehehe.. Dan lagi satu, ekor si Boboy agak panjang hinggakan apabila dibengkokkan ke belakang badannya, ekor dia tu hampir mencecah ke kepalanya sendiri. Si Boboy ni pun boleh tahan manjanya dan garangnya pun boleh tahan jugak pada kucing jantan lain yang tidak disukainya, memang la si Boboy ni akan cuba membelasah kucing tersebut.. Grrrrr..... Meow..!!!


Yang ini pula encik otot... Hahaha... Xde arr.. Aku suka panggil dia ni encik otot sebab badan dia ni yang tegap dan berotot2 mcm kucing yang angkat berat. Dia ni aku bagi nama Jojo. Berat dia lebih kurang 4.5kg semasa aku mula memeliharanya.. Sekarang ni berat si Jojo ni dah pun mencecah 6.8kg, itupun berat dia ni meningkat setelah dia melalui rawatan  pemandulan di salah sebuah klinik swasta..

Dia ni kucing jantan.. Selain wajahnya yang comel dan kiut miut tu, si Jojo ni jugak merupakan seekor kucing yang teramat-amat lah manjanya.. Paling suka bila kalau aku belai-belai wajahnya.. Dia ni punya lah manja, hinggakan kalau aku tak melayannya, dia akan panjat dengan cara berdiri tegak dan kaki depannya berpaut di dada aku untuk minta dibelai. Kalau aku sedang baring pulak, pasti dia akan naik di atas dada aku dan duduk di atas dada aku ni macam lah badan dia tu ringan sangat.. Hehehe.. Sabar jelah..


Tapi dia ni agak penakut dengan orang2 yang baru dikenalinya.. Yang tak boleh tahannya tentang si Jojo ni ialah, suara dia yang sangat nyaring dan kuat.. Kalau salah dengar, bila si Jojo ni mengiau, dah ada macam bunyi budak kecik menangis kerana kena dera jer bunyinya.. Hehehe..


Kalau melalui telefon, memang dengar macam bunyi bayi menangis jer suara si Jojo ni bila mengiau.. Meow.. Meow.. !! Dia punya jeritan, boleh buat sesiapa pun terjaga walaupun sedang tidur lena. Aku yang tengah tidur pun boleh terjaga pukul 3, 4 pagi kalau si Jojo di dah mula mengiau.. Aduhhh... Pecah kepala dibuatnya.. Si Jojo ni ada anak.. Haa... yang anak dia ni kejap lagi pulak kiter citer.. Wokeh?? Tungguuuuu... Hehehe... :)


Satu lagi yang istimewanya tentang si Jojo ni ialah, dia suka bila setiap rawatan "facial" dibuat pada mukanya.. Ketika rawatan "facial" tersebut dilakukan, si Jojo ni memang akan memberikan kerjasama yang sangat baik tanpa bergerak2 ataupun menggelupur.. Ia memudahkan rawatan "facial" yang sedang dilakukan terhadapnya.. Clever boy... :)